16 November 2011. serious aku tak sabar nak tunggu date ni. hari tu nanti lah aku akan mendaftar secara rasmi sebagai seorang pelajar UiTM. impian mak aku selama ni yang akhirnya dapat aku tunaikan. maklum lah , kakak kakak aku semuanya kelahiran UiTM. walaupun memang bukan cita cita aku nak masuk UiTM. tapi macam yang aku selalu kata , demi keluarga aku yang tercinta , aku sanggup :')
16 November 2011. tarikh ni lah aku nak mulakan hidup baru. nak lupakan benda benda lepas yang pernah mengguris hati aku. ayat tragis gitu.yee memang hidup aku tragis pun. tapi tak lama lagi , dalam masa sebulan sahaja lagi , aku akan bertukar menjadi SUPERMAN !!! ehh sorry. terlebih sudah. aku tak tahu kenapa aku suka mengarut kebelakangan ni. tapi melatah dah kurang. Alhamdulillah !
23 Oktober 2011. saat aku dapat tahu aku diterima masuk ke UiTM melalui second intake. saat tu jugak aku berazam. aku nak ANC aka Anugerah Naib Canselor. aku nak buktikan kat orang yang selama ni pandang aku rendah walaupun hakikatnya aku memang rendah dan gedempol. aku tak sabar nak buat assignment , nak sibukkan diri aku. supaya aku tak melayan fikiran aku yang suka melayang bukan bukan. duduk kat rumah serious tak ada life. fikiran aku kosong. aku tak tahu nak buat apa walaupun kadang kadang aku gilap lantai rumah aku sampai boleh nampak ke taik hidung ( betapa bersih dan berkilatnya lantai rumah aku )
Malam tadi aku tetiba termimpi si budak pilot. budak pilot yang aku kenal kat Facebook Februari lepas ke tahun lepas. aku tak ingat tahun nya. dia bukan pilot tapi dia pakai baju stylo gila habis macam pilot. aku pun apa lagi. terus buka blog dia. dia masih bernafas rupanya. aku kalau sedih , aku suka melepak kat blog dia. dia suka buat lawak yang menyakitkan hati tapi boleh gelak tahap maksima gitu. sekarang dia tak lagi guna trademark #foreveralone sebab dia macam dah ada sambodi. takpa. aku gembira untuk kau kawan. dulu aku sikit punya sensitip kalau dengar Johor Bahru , UiTM Puncak Alam , dan sekarang aku bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat. course kau jugak dulu kan kat INSTEDT ? sekarang aku dah terima hakikat. tak semua kawan kita , kita yang punya. bak kata kau CURANG ITU INDAH :)
*tajuk post pasal keazaman di tempat baru. maaf jika aku suka buat cerita malayalam tamilnadu :)
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment