Kesunyian. yee aku tengah faham dan cuba mendalami apa maksud SUNYI. itu yang aku rasa sekarang. sunyi tanpa teman - teman yang sentiasa menghiburkan. Facebook , handphone , ym semua dah tak ada. aku mampu tersenyum sendirian , tergelak sambil berguling - guling bila aku baca comment korang , text korang , tengok gambar korang , baca blog korang. sumpah aku rindu semua tuu. setiap pagi aku hantar kakak aku pegi keja , mesti aku pencong kereta membelok ke sebelah kiri hanya untuk melalui di depan MHS tercinta. yee aku masih sayang IJC. dont worry.
Tapi aku terpaksa. demi keluarga tercinta. aku berkorban. deactivate Facebook. tak pakai handphone. putus hubungan dengan korang. nak buat macam mana ? family aku kata aku terlalu sosial. jadi aku mesti ubah perangai sebelum aku masuk belajar nanti. supaya tak culture shock. aku berkorban demi kebaikan bersama. tak apa lah. untuk masa depan aku jugak kan.
Setiap detik kat rumah , aku teringat apa yang aku buat kat sekolah. Kalau dulu bangun pagi2 pegi sekolah , sekarang bangun pagi2 kena hantar kakak kerja. Kalau dulu study kat sekolah , sekarang aku belajar menjadi surirumah yang berjaya. kemas apa yang patut , cuci kereta , tengok tv , buat novel. bila petang , dulu lepak kat sudut pelajar sambil buat graf PA dengan SEJARAH notes , sekarang kat rumah , aku tidur or tengok tv jee. banyak beza nya bila aku berhenti sekolah. saat - saat bertukarnya seorang pelajar sekolah kepada seorang pelajar universiti.
Bila nak masuk U , banyak benda kena buat. dua bulan memang tak cukup sebenarnya. hari - hari fikir apa lagi yang belum diuruskan. borang tu kena isi , borang ni kena isi. then kena hantar cop kat tok sidang. kena buat medical check up. kena tu kena ni. semuanya kena buat sendiri memandangkan aku dah boleh drive sendiri. tapi bagus jugak. tak susahkan orang. kena belajar berdikari. bila lah lagi aku nak jadi seorang yang berdikari kan kalau bukan time time macam ni.
Nadhrah Izzati , kalau kau baca ni , kau tolong sampaikan peluk sayang aku untuk Farah Munirah. Kirim salam juga Ain , dua2 Mimie , Shira , Raj , and lain - lain. Aku tak tahu macam mana nak keluar jumpa korang lagi. aku tak sebebas dulu lagi. ohh yaa , kirim salam dua budak sengal si Liwa ngan Amru sekali kalau kau jumpa dorang. cakap kat Fitri Azizi gila tu , penyakit melatah aku dah sembuh sikit. and suruh dia kirim salam sayang kat awek dia sekali. hehehehe. kau pun jaga diri and belajar elok - elok yaaa.
Assalamualaikum :')
No comments:
Post a Comment